Friday, May 23, 2008

Crisis Umno Pahang



TEMERLOH: Apa yang disifatkan oleh pemerhati sebagai pergolakan Umno di Pahang semakin sengitdengan satu pendedahan terhadap Ketua Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Adnan Yaakub.Setelah tuduh menuduh diantara Adnan dengan seorang pimpinan Umno dinegeri itu yang dipercayai tercetus ekoran daripada krisis kepimpinan, suhu politik Umno Pahang semakin panas apabila penyelewengan melibatkan penjualan tanah turut didedahkan kepada umum.Antaranya Seorang Ketua Umno Bahagian, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang juga bekas Setiausaha Umno Pahang, mendedahkan beberapa fakta terhadap Adnan yang beliau percaya tidak mampu dinafikan lagi malahan telah direkodkan rakaman ucapan Adnan berkaitan fakta-fakta tersebut di dalam cekera padat (CD).
Adnan didakwa ugut dan bohong
Dalam suratnya (gambar atas) kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Tajuddin berkata, dalam rakaman itu terkandungnya ugutan dalam usaha menutup kemungkinan pendedahan salah guna kuasa, penyelewengan atau pun rasuah dalam satu urusan penjualan tanah Umno Pahang beberapa tahun lalu.
Turut disebut Adnan berbohong dengan menyatakan tanah dijual kepada Yayasan Pahang sedangkan berdasarkan kepada bukti tanah tersebut sebenarnya dijual kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh peniaga Cina.Adnan didakwa menyebut perkara-perkara tersebut dalam satu perjumpaan di Kuantan yang diaturnya dengan ketua-ketua Umno sebuah bahagian Umno.Ikuti laporan penuh dalam akhbar Siasah akan datang rentetan krisis Umno di Pahang yang bukan sahaja melibatkan isu pribadi tokoh-tokoh dalam parti itu tetapi menyentuh kepentingan rakyat apabila turut diheret isu penjualan tanah secara tidak telus.

Mahadir Mulakan Plan B

Oleh: Hafiz Mohd Baqi"

Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripadamenjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan PerdanaMenteri Malaysia" - Tun Mahathir
"Kita mesti mengelakkan dari terperangkap denganagenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yanglemah dengan pemimpin yang rasuah" - Anwar Ibrahim.
Selain daripada menyatakan kegembiraan atas
keputusan beliau dan menganggap tindakan itumengambarkan kehancuran yang sedang berlaku dalamparti Umno, ada beberapa perkara yang perlu dilihatserta dianalisis terutamanya oleh pembangkang.
Berpuluh tahun berada kancah politik Malaysia dengan22 tahun daripadanya sebagai Perdana Menteri adakahMahathir meninggalkan Umno semata-mata keranaemosi beliau yang terlalu kecewa dengan pimpinanUmno sekarang yang disifatkan tidak demokratik, lupaperjuangan, pembodek dan macam-macam lagi itu.
Mahathir memulakan apa yang boleh disebut sebagaipeperangannya dengan Abdullah tidak lama selepasjawatan Perdana Menteri itu diserahkan oleh beliausendiri kepada Abdullah.
Sepanjang tempoh itu, satu-satunya yang bolehdikaitkan dengan kemarahan paling ketara beliauterhadap Abdullah hanyalah pembebasan Datuk SeriAnwar Ibrahim daripada Sungai Buloh.
Isu jambatan bengkok atau AP dan kemudiannyapenguasaan budak-budak tingkat empat hanyalah asamgaram terhadap kemarahan tersebut. kecuali ada pihakyang benar-benar yakin terhadap keikhlasan Mahathir diatas kritikan terhadap Abdullah boleh menolak teori ini.
Manakala Anwar, selepas pembebasannya mulamenyusun langkah dan mengatur strategis satu demisatu untuk mencapai hasrat yang beliau sendiriuar-uarkan iaitu mahu menukar kepimpinan negara iniatas slogan untuk perubahan.
Walaupun tidak melafazkan beliau sebagai orangnya,namum atas dasar 'understanding' mahupunberdasarkan percakapan umum yang persetujuannyatelah diolah dengan cukup teliti, dengan jelas dapatdibaca hanya Anwar lah tokoh yang bakal ditabalkansebagai Perdana Menteri untuk menggantikankepimpinan yang ada.
Melihat kepada senario pasca pilihan raya umum ke-11baru-baru ini, kebarangkalian Anwar akan sampai kepuncak kuasa semakin melebar.
Tidak hairanlah Anwar dalam reaksinya terhadapperkembangan terkini Mahathir, seperti melihat ada agendabesar disebaliknya.
"Kita mesti mengelakkan dari terperangkap denganagenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yanglemah dengan pemimpin yang rasuah" katanya dalamblog
Berbalik kepada Mahathir, si politikus licik ini sudahmenghidu kemungkinan-kemungkinan tersebut sejakawal-awal lagi. Kekhuatiran beliau terhadap Anwarmenjadi Perdana Menteri tidak perlu dijelaskansekiranya memahami krisis yang berlaku pada tahun1998.
Justeru, dari situlah usaha untuk memastikan Anwartidak berjaya sampai ke puncak kuasa diusahakanhabis-habisan oleh beliau.
Tetapi malangnya di bawah kepimpinan Abdullahpeluang Anwar terbuka luas. Sama ada Abdullah sendirimahukan Anwar menjadi Perdana Menteri, itu persoalanyang lain, hakikatnya di bawah Abdullah laluan Anwarlebih mudah.
Langkah paling selamat perlu dilakukan oleh Mahathirhanyalah mengantikan Abdullah secepat mungkinkepada tokoh lain yang mestilah tidak mesra Anwarsifatnya.
Berdasarkan apa yang Mahathir lakukan sepanjangserangannya terhadap Abdullah selama ini dapatdirumuskan hanya bertujuan untuk mengantikanAbdullah secepat yang boleh.
Selepas pilihan raya, usaha itu semakin diperhebatkan,malahan beliau sama ada secara terancang ataukebetulan telah mendapat 'back-up' daripada sebahagianUmno yang lain apabila semakin ramai secara terbukamemberi tekanan atau mewakili suara mendesakberlakunya peralihan kuasa yang diketahui Mahathiradalah orang paling awal mencetusknnya.
Namun sejauh mana kejayaan itu, persoalan inilah perludianalisis secara mendalam oleh pihak-pihak yangmempunyai kaitan politik secara langsung atau tidaklangsung dengan perkembangan mutakhir politikMahathir ini.
Atas satu tujuan iaitu untuk memastikan jawatanPresiden Umno sekaligus Perdana Menteri Malaysiadiserahkan kepada orang lain dari Umno sebelumdirampas oleh Anwar, boleh jadi Mahathir telah gagalstrategi pertamanya kerana Abdullah masih lagi disaatini Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Bagaimanapun boleh jadi strategi Mahathir diperingkatini berjaya kerana beliau (strategi serangan pertama itu)hanyalah mahukan seperti mana yang berlaku ketika iniiaitu mewujudkan tekanan-tekanan dari Umno terhadapAbdullah supaya melepaskan jawatannya.
Justeru sebab paling besar kenapa beliau meninggalkanUmno hanya berkisar kepada dua kemungkinan tersebutiaitu sama ada memulakan strategi baru selepaskegagalan plan A beliau atau memasuki fasa seterusnyauntuk menyempurnakan plan peralihan kuasa daripadaAbdullah kepada seorang yang tidak mesra Anwar.
Mana-mana daripada dua sebab di atas, Mahathir kinitelah memasuki plan B yang mana atas kapasiti beliaubukan lagi ahli Umno, kemungkinan 'game' selepas iniakan melibatkan parti-parti politik pembangkang denganlebih efisyen daripada apa yang parti-parti politikpembangkang sumbangkan menjayakan perancanganawal beliau - sama ada secara sedar atau tidak sedar.
Antara yang boleh diramalkan, tindakan Mahathir iniakan menimbulkan suasana panik di kalangan Umnoyang secara tidak faham akan membaca partinyasedang menuju kehancuran.
Sudah tentu momentum panik itu kurang berkesandengan Mahathir seorang sahaja yang keluar parti,dengan strategi yang tersusun tindakan meninggalkanparti ini akan berterusan dari masa ke semasa denganpenyertaan pihak tertentu atas nama pengikut Mahathir.
Dalam masa yang sama, usaha untuk menimbulkanrasa panik ini akan dibantu pula dengankempen-kempen pembangkang yang akanmenggunakan modal Mahathir keluar parti kepada rakyatjelata supaya menjauhi Umno kerana parti itu semakinkacau bilau.
Hasilnya, desakan supaya memulihkan Umno darikalangan ahlinya akan semakin hebat yang manacaranya telahpun diletakkan ke dalam kepala merekasejak awal-awal lagi iaitu plan peralihan kuasa.
Sehubungan itu, mentafsir tindakan Mahathir keluarUmno kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalamparti itu semata-mata perlu difikirkan banyak kali.
Seorang yang licik seperti Mahathir apa sahaja yangdilakukan tidak dibuat secara membuta tuli bahkanmasa paling sesuai untuk beliau tinggalkan Umno inidipercayai dari kajian mendalam berdasarkan planstrateginya.
Ada beberapa waktu yang boleh dikatakan Mahathirsesuai untuk meniggalkan Umno, tetapi beliau hanyamemilih meninggalkan Umno setelah road show nyamenemui begitu ramai perwakilan serta pimpinan Umnodalam perlbagai program yang dianjurkan selesai.
Paling ketara beliau telah meniggalkan mesej pentingkepada ahli-ahli Umno dalam ucapan terakhirnyasebagai ahli Umno.
"Saya akan pohon untuk masuk Umno apabila DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripadamenjadi Presiden Umno, Pengerusi BN dan PerdanaMenteri Malaysia"

Kemelut dengan PM tak perlu libatkan Agong – Dr. Mahathir

TOKYO 22 Mei -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak perlu dilibatkan dalam usaha membantu menyelesaikan kemelut antara beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau menegaskan, kemelut dengan Perdana Menteri itu adalah soal politik dalam UMNO yang tidak sepatutnya melibatkan Tuanku Mizan.
‘‘Ini soal politik dalam UMNO, kita tak bawa kepada Agong kalau kita sendiri tak boleh selesaikan mengikut alasan yang benar. Saya cuma berpegang kepada prinsip, sokong prinsip.
‘‘Ini bukan perkelahian saya dengan Abdullah Ahmad Badawi ataupun keluarga saya dengan keluarga dia. Saya tak utamakan diri saya. Saya cuma berjuang untuk parti, tujuan-tujuan parti yang berkenaan bangsa dan tanah air,” katanya.
Dr. Mahathir berkata demikian ditemui pemberita Malaysia selepas sesi dialog di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-14 di Hotel Grand Prince Akasaka di Chiyoda di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa yang menyatakan kemelut antara kedua-dua pemimpin itu sudah mencapai tahap memerlukan penglibatan Tuanku Mizan sebagai ‘orang tengah’ untuk menyelesaikannya.
Abdul Aziz seperti dilaporkan oleh Bernama hari ini berkata, hanya menerusi campur tangan Tuanku Mizan sebagai wakil raja-raja Melayu, kedua-dua pemimpin itu boleh duduk berbincang bagi mengatasi perselisihan pendapat antara mereka.
Beliau berkata, tidak ada salahnya untuk raja-raja Melayu campur tangan dalam kemelut antara bekas Perdana Menteri dan penggantinya itu memandangkan UMNO adalah pihak yang mengembalikan semula kuasa raja.
“Semasa Malayan Union, raja tak ada kuasa langsung kecuali sebagai ketua agama (Islam), tetapi UMNO menaikkan balik (kuasa raja), (pengasas parti) Datuk Onn (Jaafar) perjuangkan hak raja Melayu,” kata Abdul Aziz.
Isnin lalu, Dr. Mahathir mengumumkan beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara.
Dalam pada itu, ditanya mengenai harapan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat semalam agar Dr. Mahathir kembali kepada UMNO satu masa nanti, bekas Perdana Menteri itu menegaskan, tindakannya keluar parti tidak bermakna beliau tidak setia kepada parti.
‘‘Saya tidak faham MT ini. Kita sekarang ini menghadapi masalah tak faham bahawa kalau kita menentang presiden, tidak bermakna kita menentang parti.
Sejarah
“Tetapi mereka mentafsirkan kalau kita kata apa-apa mengenai presiden, tanda kita tidak setia kepada parti. Mereka kena lihat sejarah pemimpin-pemimpin parti sebelum ini,” katanya.
Mengenai kesediaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu menemuinya untuk berbincang mengenai tindakannya keluar parti, Dr. Mahathir berkata, Timbalan Presiden UMNO itu boleh berjumpa dengannya.
‘‘Saya sebenarnya secara langsung telah disingkirkan oleh UMNO sebelum ini apabila saya meletakkan jawatan. Selepas itu saya dapati bahawa hubungan saya dengan menteri-menteri yang dulu saya pilih dan duduk bersama di sekeliling meja, tidak boleh jumpa dengan saya.
‘‘Saya nak jumpa dengan ahli UMNO pun tidak boleh. Kalau saya ada perjumpaan, orang UMNO tidak boleh hadir. Secara langsung saya sudah dianggap sebagai bukan ahli parti. Jadi, apa bezanya sekarang?,” katanya.
Mengenai Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, beliau berkata, mana-mana pihak tidak sepatutnya meletakkan anaknya itu dalam situasi yang menyukarkan.
‘‘Dia tidak membuat apa-apa kesalahan,” jelasnya.